+Follow | Dashboard

entryabout




Hari kedua di kampung
January 26, 2012 | 0 comment(s)
Assalamualaikum.


Seperti biasa lah. Masih lagi berada dalam 'mood' pasal kampungku yang tercinta :) Bangun je dari tidur terus aku amik tuala dan pergi mandi. Pehhhh sejuk gila bro! Ehe, aku bangun pukul 7 pagi woooh ~ Awal kan? Pecah rekod gituww. Haha, takdelah, kalau dekat sana, tak best bangun lambat-2 sebab pukul 9 cam tu dah panas. So, kalau bangun lambat-2 nanti buat aku jadi pening kepala -.- lagipun, best syiok bangun awal kat sana. Sejuk ~


Ok, dah siap siap mandi. Aku pun terus turun bawah pergi makan. Lepas makan aku duduk-2 kejap tengok tv then Amirul ajak aku main kat luar. So, aku join jela. Yelahh, aku ni memang baik dengan adik-2 sepupu aku semua ni. Adik aku je garang sikit. Diorang takut dengan adik aku je, dengan aku tak takut. Sebab aku sepupu yang mithali bagi diorang. Hahaha ~


Then dah masuk tengahari tu, hari makin panas. Fuhhh berpeluh tu takyah kata lah. Tapi taklah sampai basah teruk. Cuma berpeluh sikit-2. Heh, aku pun ape lagi pergi ah mandi sekali lagi sebab panas kan. Then dah siap mandi, nenek aku cakap nak keluar gi Munduk. Pastu nenek aku suruh aku and adik aku duduk rumah jaga adik-2 sepupuku. Aku pun rasa malas nak pergi sebab panas terik cam tu buat aku rasa nak duduk rumah je, malas nak berjalan. So, orang tua-tua jela pergi keluar berjalan kecuali Cik Ngah aku sebab dia ada baby kan so takkan nak tinggalkan baby tu kat kita orang. Setakat ni aku tak pandai lagi jaga baby. Kalau setakat nak main 'aucak aucak' tu boleh lewrr. Kalau mandikan, basuh berak ke ape ke belum master lagi. Haha!


Pastu dalam pukul 3 lebih macam tu aku jenguk-2 ke luar kot kot nenek ku dan yang lain dah balik. Tapi tak balik-2 lagi. Lama gila diorang keluar ~ Aku pun duduk-2 ah rilek baring bawah kipas sebab panas kan. Mujur kipas tu kuat. Huahua! Tengah-2 otw nak tidur, datang la dua beradik iaitu Amirul dan Haikal kepada ku. Berebut nak main game dalam handset aku. Yang kelakar nya, bila salah seorang dari diorang dapat main game, mesti yang sorang lagi menangis pastu lari masuk ke dalam bilik. Then bila dah agak-2 berhenti menangis tu kan, pastu dia intai-2 la kat pintu bilik diorang konon nak suruh aku datang pujuk la tuh! Haha, comel je diorang ni. Lempang tau laaa ~


Anyway, nak tau tak? Kalau kat sana kan, time siang memang gila bapaklah panas. Tapi bila malam pehhh sejuk gilaaaa. Selimut yang aku buat tidur tu dah habis tebal dah, punnn masih sejuk lagi -.- Ohhh seperti biasalah Amirul still lagi tidur dengan aku malam kedua tu. Hihihi :D



Budak-budak yang aku kena jaga -.-




Older Post . Newer Post