+Follow | Dashboard

entryabout




Hari pertama di kampung
January 25, 2012 | 0 comment(s)
Assalamualaikum.


Hai readers, apa khabar? Sihat tak? Hope korang semua sentiasa berada dalam keadaan sihat dan baik-baik saja. Tak macam aku, terlebih sihat seperti yang dikatakan oleh adik angkat aku. Siyot je ~





Jumaat lepas, mak long aku dari Johor singgah ke rumah aku sebelum dia bertolak terus balik ke kampung, Kelantan. Mak long aku ni kakak ayah aku. Hmm beberapa minggu yang lepas, ayah aku ada bagitau aku yang mak long aku nak balik kampung. So memandangkan aku ni dah lama tak balik kampung kan, hm hm ade la dalam 6 tahun aku tak balik kampung since my mum passed away :'( So dia suruh aku ikut mak long aku balik kampung. Aku okay jelah kan sebab memang aku dah lama teringin nak balik kampung memandangkan aku dah lama tak balik kampung.


Tahun lepas masa hari raya aidilfitri kitaorang plan nak balik kampung sebab 2 orang adik ayah aku nak kahwin. Tiba-tiba tak jadi pulak sebab keadaan tidak mengizinkan. Ayah aku sorang je balik sebab dia kena jadi wali kepada adik-adik dia. So aku macam frustrated la jugak sebab tak dapat balik kampung hmmm :(


Then, Sabtu yang lepas, kitaorang pun bertolak la pulang ke kampung pukul 9 pagi. On the way nak balik ke kampung tu, aku punya bapaklah excited nak balik kampung. Paklong aku berhenti kat R&R singgah nak makan dulu pun aku tak makan. Macam takde selera nak makan nasi sebab excited sangat kan nak balik kampung. Haha, diorang semua syiok makan nasi. Aku duduk jela tengok dorang makan. Bukan tengok sebab terliur tapi sebab dalam hati aku berkata "hui, cepatlah sikit makan tu. aku tak sabar dah ni nak balik kampung" ahahaha :D tapi last last aku makan jugak sebab paklong aku suruh aku makan. SO aku order la mee sup satu. Mee sup dia tak sedap. So aku makan sikit je. Then dah siap-siap terus bertolak balik ke kampung.


Agak-agak dalam 4 lebih kot kita orang sampai ke kampung. Sampai-2 je, semua orang macam pelik je kan tiba-2 ade dua orang perempuan dalam kereta paklong. Pastu Cik Ngah aku "sapo dio tu? ehh Miraaaa blablabla" pastu aku pun senyum-2 dan hulurkan tangan untuk bersalam dengan Cik Ngah aku. Pastu aku pun masuk la ke dalam rumah sebab Cik Ngah aku cakap nenek aku ada kat dapur. Aku pun pergi kat dapur. Pastu nenek aku pun tanya soalan yang sama Cik Ngah aku tanya. Aku diam jela kan. Saje nak dia teka sendiri. Sekali dia dah dapat teka aku terus dia peluk aku ketat-ketat. Hah, amik kau!! Rindu lah katakan ~ Aku pun rindu kat orang kampung aku. Yelah, dah berapa lama tak jumpa kan. Adik-2 ayah aku kahwin pun aku tak balik. hmm


Pastu aku pun pergi la ke ruang tamu. Saje nak rehatkan diri hihihi :D Tak lama kemudian, habis satu kampung datang semata-mata nak tengok aku. Rasa macam aku ni artis la pulekzzz ~ HUAHUAHUAHUA :)) Kbai -.-


Tahu dak? Anak Cik Ngah aku yang nombor 3 tu comel gilaaaa ~ Aku pernah tengok gambar anak dia dalam Fb sepupu aku. Pastu aku tanya sepupu aku anak siapa tu then sepupu aku cakap anak Cik Ngah. Pheww ~ Comel gila kot!! O.o Kalau korang tengok dia senyum kan pehhhh comel gilaaaa. Dah la kalau cakap tu tak berbutir. Hari pertama jumpa aku, dah manja-2 dengan aku. Siap tidur dengan aku lagi. Comel gilaaa ~ Rasa nak lempang je budak kecik tu. Haha


Well bagi korang mungkin dia tak comel. Tapi bagi aku dia comel gilaa. He has an awesome eyes u know :DDDD Kbai




Older Post . Newer Post