+Follow | Dashboard

entryabout




Alhamdulillah :')
March 10, 2012 | 0 comment(s)
Eh, kenapa eh tajuk gua macam gua sedang bersyukur eyh? :O Ha, nak tau apa yang gua tengah bersyukur sangat sekarang ni? Alhamdulillah gua lulus test JPJ Isnin lepas bersamaan 5/3/2012, seperti mana yang gua telah ceritakan di previous post gua. Gua bersyukur gila sebab gua dah lulus test JPJ. Takpayah lah gua test 2 kali macam gua amik test statik haritu. Confident je semua betul. Masa  pun tak habis lagi. Dah gua tekan terus nak tau dapat berapa. Last2 gagal. Kena amek test balik. Melayang gitu je RM30 gua -_____-'



Ehem ehem, nampak tak gambar kat atas tu? Nampak tak!!! Marah ni kalau tak nampak. Haha. Woot woot :D Isnin gua test JPJ, Selasa terus gua dapat lesen. Mula2 "whoaaa" macam teringin je nak drive kat jalan raya sebab dah ada 'LESEN P' kan. Tapi bila pikir balik, rasa macam takut2 pulak nak drive kat jalan raya. Nak nak kereta umi gua tu kan besar. Kalau kereta kecik takpelah. Haha. Nampak tak gua ni tak katang sangat? Panggil 'gua lu' dalam blog tu nampak macam KATANG je kan. Budak-2 kecik kalau tengok gua rasanya boleh nyorok dalam tong sampah. Haha. Tapi nak bawak kereta punyalah penakut. Small matter je kot. Eh? :O


K lah k lah, malas nak gaduh. Yang penting sekarang gua dah lega sikit. Sikit je. Eh mane pergi yang 'banyak'? Oh yg banyak eh? Tunggu lepas gua dapat results SPM. Ha, mase tu baru gua boleh lega banyak. Itupun kalau results gua GEMPAK. Eh GEMPAK sangat ke? Gua macam tak pandai je nak dapat results GEMPAK lol. Ah, pape pun gua tawakal jela. Kalau gua diberi izin tuhan dapat results yang bagus, Alhamdulillah lah. Kalau sebaliknya, gua redha je. Bak kata orang 'gagal sekarang tidak bermakna gagal selamanya'. Motivasi untuk diri sendiri. Heh XD


Oh, bytheway, sekarang dah pukul 12 pagi kan? So, kiranya harini hari Sabtu lah kan kan kan? Yelah weh, jangan nak tipu aku lah. Karang aku lempang kau dengan periuk besi. Baru kau tau langit tu tinggi ke rendah. Haha, jk jk :P Yayyy! Esok Ahad bero. Gua nak pergi bercuti dengan family gua yang tercinta, kat Cameron. Sangat tidak sabar. Awhhh *kedua-dua tangan di bahu sambil buat muka gedik XD Biasanya, kalau pergi bercuti mestilah nak have fun kan. Mane ade orang pergi bercuti dalam keadaan sedih. Contoh kalau dia nak pergi bercuti kat Genting Highlands sambil muka sedih. Naik roller coaster muka sedih. Masuk rumah hantu pun sedih. Muka 'jebek' je memanjang. Sampai 'hantu' tu pun fed up tengok muka sedih kau. Last2 dia baling topeng dia yang kononnya menakutkan tu kat muka kau sambil berkata "ahhh, bosan aku takutkan kau. muka jebek je memanjang. takde feel langsung. bankrupt aku gini. Hilang kerja aku nak takut-2kan orang. Orang yang takut-2kan aku". See? How lifeless nya kalau pergi bercuti macam tu. Haha.  Kalau gua jadi orang hantu tu, dengan roller2 coaster tu sekali aku baling. Hahaha



 So apalagi kan, masalah gua yang pertama dah lepas. So, takperlu dah ork gua pikirkan lepas ni. Tinggal satu masalah je lagi ah. Pasal results SPM tu. So, gua kena la lupakan sekejap pasal masalah gua tu. Nanti kalau gua dok asyik pikir pasal tu. Susah gua nanti. Yelah, gua ni nak pergi Cameron. Tempat yang terkenal dengan sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar-bugar. Nanti kalau gua tengah2 jalan kat pasar tani dengan keadaan muka tak berseri, molek2 makcik tu "ha, dik mari beli sayur kat makcik. Murah je seulas seringgit" sekali "Pangggggg" makcik tu baling sayur kat gua sebab fed up dengan gua. Haha. Eh? Bunyi sayur kena baling macam tu eh? :O Ahhhh, pape jelah. K ah, gua ngantuk. So, goodnight readers. See you after I get back from Cameron Highlands :) Doakan kami semoga selamat pergi dan selamat balik. Selamat dalam perjalanan dan selamat dalam dunia dan akhirat. Hehe, Amin :) Byebye




Older Post . Newer Post