+Follow | Dashboard

entryabout




September 29, 2013 | 0 comment(s)
Alhamdulillah selesai jawap paper LAW240 pagi tadi. "Susah ke senang?" Senang bagi orang yang membaca dan susah bagi orang yang tak membaca macam aku. Dah last minit baru reti nak belek-belek buku...ish ish ish! Ramai cakap soalan tadi sebijik macam soalan past year. Memang sebijik sejibik sepijik....se apa lagi? Haha. Oh, ni paper yang kedua aku hadapi selepas selesai menjawap paper yang pertama iaitu BEL260.

OK, sambung balik..

Masa dalam dewan tadi, pehh takyah cakap lah kan. Orang keliling aku semua tangan bergerak. Sampai ke aku, kepala atas meja. First bukak kertas, mula-mula soalan MCQ, soalan pertama aku tengok terus dah menguap. "Ape benda lah kan soalan ni merepek"....aku berkata dalam hati. Pastu terus aku lentok. Haha tengok soalan pertama terus lentok. Dahsyat kan?

Dalam 10minit lepastu aku terjaga balik terus belek kertas soalan belakang sekali terus jawap essay. Haha tiba-tiba bangun terus jawap essay! Pastu dapat jawap dua perenggan, aku sambung tidur balik. Beberapa minit lepas tu aku bangun then aku sambung jawap essay tu balik sampai essay tu siap. Dah siap jawap essay tu, aku sambung tidur balik. Kemudian aku bangun balik aku jawap soalan MCQ, aku tembak jela sebab dah mengantuk sangat. Habis jawap soalan MCQ, aku sambung tidur balik. Haha nampak tak aku lebih banyak tidur dari menjawap? Bughok pangaiii!!!



Argh otak aku dah tak mampu berfikir lagi dah.. Aku tengok kiri, aku tengok kanan, aku tengok budak rumah aku yang sama kelas dengan aku dah keluar, aku pun apa lagi, aku pandang kiri, aku ajak budak rumah aku lagi sorang keluar dewan. Aku dah tak mampu berfikir dah. Daripada aku duduk dalam tu dah takda idea nak jawap apa, daripada aku stress tengok orang lain jawap essay panjang berjela-jela sedangkan essay aku seciput macam tak terusik, lebih baik aku keluar. Aku pun ajak lah budak rumah aku keluar. Siap susun kertas apa semua terus aku keluar dengan hati yang redha. Aku berserah semua kepada Allah s.w.t.







Older Post . Newer Post